Thursday, October 6, 2016

DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَاْلَمِيْنَ، حَمْداً يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكاَفِئُ مَزِيْدَهُ ياَ رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَاْنِكَ.

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا منْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالآفَاتِ، وَتَقْضِيْ لَنَا جَمِيْعَ الحَاْجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الغَاْيَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيْرَاتِ فِي الحَيَاتِ وَبَعْدَ المَمَاتِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْماً كَثِيْراً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

 اللهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَِلوَالِدِيْنَ وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا ضِغَارًا، وَلِجَمِيْعَ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْا بِالإِيْمَاْنِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوْبِنَا غِلاً لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفُ الرَّحِيْمِ.
يَا الله يَا رَحْمَان يَا رَحِيْم

Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan dan naungan-Mu ke atas majlis perhimpunan kami ini dengan keberkatan dan  keredhaan-Mu. Ya Allah, sempena Kemerdekaan Malaysia ke-....... ini kami mengangkat tangan, demi memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadrat-Mu, atas nikmat kemerdekaan dan pembangunan yang Engkau kurniakan ke atas negara kami.

Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke atas negara kami, keamanan dan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari segala perkara yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan keutuhan perpaduan, rasa hormat menghormati sesama rakyat yang kami nikmati ketika ini.

Ya Allah, atas sifat rahmat-Mu kami menadahkan tangan dengan penuh pasrah jua, agar Engkau sentiasa memberkati para pemimpin watan ini,  rakyat dan sekalian kami yang berhimpun di sini dengan bimbingan dan hidayah-Mu yang berterusan. Ya Allah, limpahkanlah rahim-Mu kepada para pejuang kemerdekaan negara kami yang amat berjasa dan pasukan keselamatan kami yang sanggup berkorban demi memastikan keamanan dapat dinikmati sekalian rakyat.

اللهُمَّ يَا الله
Engkau padukanlah, Ya Allah, hati kami dengan kasih sayang, jiwa kami dengan rasa penghormatan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga kami bersatu, memadu kekuatan, demi membina kecemerlangan dan memacu kemajuan, rohani dan jasmani sebagai pengisian kemerdekaan ibu pertiwi tercinta.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu jua, Ya Allah, agar dibimbinglah hati kami dengan hidayah-Mu, dicucurilah diri kami dengan pandangan rahmat-Mu, dan dibantulah kami dengan sifat Rahim-Mu, agar kami terus bersatu, dan bersama gerak menuju matlamat yang satu, untuk membina dan membangunkan watan kami yang merdeka, maju dan berdaya saing, demi mempertahan watan kami yang berdaulat dan disegani di persada dunia di bawah naungan rahmat dan nikmat-Mu.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami, teguhkanlah hati kami dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti dengan penuh ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah kejayaan, di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Dan kepada-Mu jua kami pasrah, menggantungkan harapan, agar segala usaha dan amal kami selama hayat dikandung badan, diperkira sebagai amal soleh dan kebajikan, agar dapat menjadi bekalan ketika berhadapan dengan-Mu, di hari kebangkitan, di waktu seluruh manusia mendapat balasan, antara kebaikan dan keburukan.   

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ.

اللهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِي فِيْهَا مَعَاشُنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِي إِلَيْهَا مَعَادُنَا، وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِيْ كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اللهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جُهْدِ البَلاِءِ وَدَرْكِ الشَّقَاْءِ وَسُوْءِ القَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ وَعُضَاْلِ الدَّاْءِ وَخَيْبَةِ الرَّجَاْءِ وَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ بِجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ سَلاَمَةً فِي الدِّيْنِ والدُّنْيَا وَعَافِيَةً فِي الجَسَدِ وَسَعَادَةً فِي الآخِرَةِ.

اللهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهَا جَنَّتَكَ، وَمِنَ اليَقِيْنِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا.

 رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفَي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.


5 comments: