Thursday, October 6, 2016

DOA MESYUARAT AGUNG PIBG

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن.
اَللَّهُمَّ صّلِّ عَلَى ... نُورِ الأَنْوَارِ ... وَسِرِّ الأَسْرَارِ ...وَتِرْيَاقِ الأَغْيَارِ ...وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ ...سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍالْمُخْتَارِ ...وَأَلِهِ الأَطْهَارِ ...وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ ... عَدَدَ نِعَمَ اللهِ وَأَفْضَالِهِ

Ya Allah … bersempena dengan Mesyuarat Agong PIBG kali KE-.... INI,
di atas keizinan MU jua kami berada di SINI,
untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami yang tidak berbelah BAGI,
di atas segala limpah kurnia yang Engkau BERI,
dengan jayanya Mesyuarat ini kami HADIRI
Ya Rabbul IZZAH
Dengan kerjasama serta MAHABBAH, . .
semua staf, guru-guru, dan ibubapa yang IZZAH, . .
LIMPAHIlah mesyuarat kami ini dengan RAHMAH,
penuhi majlis ini dengan BARAKAH,
agar majlis ini sampai ke NOKTAH,
untuk mencari kesatuan FIKRAH,
menghurai segala MASALAH,
memperkasa tindakan dan LANGKAH
demi satu tujuan dan MASLAHAH.
Ya Miptahus Samawati wal Ar,
JANGANLAH engkau bebani kami dengan tugas yang tidak mampu kami KANDAR.
kerana sesungguhnya tiada daya dan IHKTIAR,
melainkan ENGKAU tempat kami BERSANDAR,
Jika engkau inginkan kami mengalas tugas MENCABAR,
kerana engaku mengetahui bahawa kami mampu mengalas tugas yang SUKAR,
maka BANTULAH kami . . .untuk mengumpul segala IKHTIAR,
mengembeling tenaga penuh SABAR,
tawakkal dalam setiap usaha kecil mahupun BESAR,
kerana hanya engkau jua yang boleh mengubah qada dan QADAR,
selagi hamba usaha dan IHKTIAR,
demi memenuhi aginda pendidikan yang MENCABAR,
agar kecemerlangan sekolah dan PELAJAR,
dapat direalisasi dan diLAKAR.
Ya rabbul-ALAMI
KURNIAKAN kepada KAMI
anak-anak penyejuk di mata penawar di HATI
sihat jasmani dan ROHANI,
subur ruhi dan AQLI,
tinggi aklhak dan BUDI,
mengambil berat perkara DINI,
ajaran nabi diIKUTI,
perentah allah diPATUHI,
ibu bapa diSAYANGI,
guru-guru diHORMATI,
rakan-rakan diKASIHI,
mempunyai cita-cita TINGGI,
menuntut ilmu keutamaan DIRI,
demi berjaya duniawi dan UKHRAWI.
Ya Allah Ya Khairul Ihsan…
hidup dan mati ini . . . kepadaMu kami SERAHKAN,
berbekalkan nadi yang masih berdenyut dijiwa INSAN,
selagi nyawa dikandung BADAN,
bisikan doa yang sentiasa DIPANJATKAN,
bersama titisan air mata KEINSAFAN.
Ya ALLAH
ENGKAU TAMPUNGLAH segala KEKURANGAN,
ENGKAU tutuplah segala keAIBAN
ENGKAU satukan semangat dan TINDAKAN
ENGKAU perbaiki segala KELEMAHAN
ENGKAU maafkan segala KEALFAAN
ENGKAU rungkaikan segala PERMASALAHAN
ENGKAU berkati mesyuarah dan PERBINCANGAN,
ENGKAU iringi segala usaha kami dengan KEBERKATAN,
Agar mesyuarat hari ini sebagai lancar BERJALAN
demi anak-anak Sekolah ......................................  generasi HARAPAN.
Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

13 comments:

  1. salam...minta untuk copy dan edit untuk sesuaikan dengan majlis sekolah...syukran

    ReplyDelete
  2. slm,, izin kopi dan edit bersesuaian dgn tema sekolah kami ye,, ayat sedap sangat... syukran

    ReplyDelete
  3. Bait bait ayat yg baik..mohon digunakan ya

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM
    Minta izin gunakn dan baca doa ni ye

    ReplyDelete
  5. Mohon izin dan halalkan saya baca dan guna doa ini

    ReplyDelete
  6. ASALAMUALAIKUM MOHON IZIN GUNA DOA NI YE TUAN SYUKRAN

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM TUAN, IZINKAN SAYA COPY TEKS DOA INI. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  8. SALAM MOHON IZIN SAYA COPY DOA INI.TERIMA KASIH JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA

    ReplyDelete
  9. Asslm.. mohon utk guna teks doa ini...

    ReplyDelete
  10. assalamualikum

    mohon keizinan untuk di copy

    terima kasih

    ReplyDelete