Thursday, October 6, 2016

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

يَا اَللهُ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيْمُ

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِارُ

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah. Lindungilah kami daripada segala mara bahaya dan petaka.

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami Hiasilah kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Jauhilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا عَزِيْزُ

Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengamalkan kebaikan serta menjauhi segala  keburukan dan kejahatan.

يَا اَللهُ يَا فَارِجَ الْهَمِّ وَيَا كَاشِفَ اْلغَمِّ

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh segala ujian yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Berkatilah usaha-usaha kami , dan jadikanlah sekolah kami ini cemerlang, gemilang dan terbilang , dalam bidang akademik dan keperibadian .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

No comments:

Post a Comment