بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di MAJLIS berSEMPENA PERtukaran
Puan/tuan.........
pada pagi ini.
Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan nikmat2Mu yang tidak terhitung. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.
Justeru kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah beliau sumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di SMK ......I…………...
Allahumma Ya Mudabbiral amri
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatan Beliau, sebagai ibadah yang Engkau redhai.
Terimalah segala usaha dan pengorbanan Beliau itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.
Iringilah bersama detik-detik perpindahan Pn Asmariah, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.
Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram
Kurniakanlah kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang Beliau miliki, ke dalam diri kami.
Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
TERIMA KASIH CIKGU ATAS PERKONGSIAN INI
ReplyDeleteTerima kasih tuan, mohon share ye..
ReplyDeleteAssalamualaikum..mohon izin copy dan digunakan ya doa ni..terima kasih
ReplyDelete