Wednesday, October 5, 2016

DOA MAJLIS PERSARAAN

  


بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

 

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

 Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada ............................................. yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

 

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

 Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

 

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

 Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

 

Ya Zal Jalali Wal Ikram

 Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

 

 

40 comments:

  1. ASSALAM SY MINTAK IZIN UNTUK COPY JAZAKALLAH TUAN

    ReplyDelete
  2. Minta izin saya nak baca utk majlis persaraan esk, terima kasih

    ReplyDelete
  3. Mohon izin saya nak baca untuk majlis persaraan esk, trma kasih..

    ReplyDelete
  4. mohonn izin copy ye tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. mohon izin sy copy utk persaraan guru sekolah sy

    ReplyDelete
  6. AsSalam, mohon diizinkan utk copy Doa yg baik ini. terima kasih

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم, mohon izin copy doa mjlis persaraan ni ya

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Minta izin menggunakan doa tuk majlis

    ReplyDelete
  9. Minta kebenaran untuk salin bagi digunakan pada majlis persaraan guru kami.

    ReplyDelete
  10. mohon kebenaran copy tuan..terima kasih..semoga dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete
  11. Mohon saya bca dan copy ye..terima kasih

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum saya mohon copy ye

    ReplyDelete
  13. Mohon dicopy dan dirujuk buat majlis persaraan pensyarah saya...

    ReplyDelete
  14. Mohon sy gunakan teks ini untuk majlis perpisahaan yang bakal diraikan.terima kasih

    ReplyDelete
  15. Minta izin guna semuga Allah tahmati tuan

    ReplyDelete
  16. mohon guna teks doa ini, smga dipermudahkan urusan tuan. tkasih

    ReplyDelete
  17. mohon izin untuk guna doa ini.tq

    ReplyDelete
  18. Mohon izin contoh tek doa ini.tkdh

    ReplyDelete
  19. Mohon izin untuk sy jadikan teks doa ini untuk saya bacakan kepada Ketua saya yang akan meninggalkan pekerjaannya. Tkasih bebanyak

    ReplyDelete
  20. mohon izin copy yer...smg ALLAHjua membalas budi baik tuan

    ReplyDelete
  21. ASSALAMUALAIKUM TN. MOHON IZIN COPY TEKS DOA INI. SAYA NAK BACA ESOK UNTUK MAJLIS PERSARAAN GPK HEM SEKOLAH SAYA.

    ReplyDelete
  22. Mohon izin doa ini utk di baca dan di share tuan

    ReplyDelete
  23. minta izin tuan utk menggunakan doa yg tuan karang ya. terima kasih

    ReplyDelete
  24. Mohon izin menggunakan doa ini. terima kasih

    ReplyDelete
  25. Mohon izin cited doa untuk dibaca majlis persaraan staf di institusi kami. TK

    ReplyDelete
  26. salam. saya mohon keizinan untuk copy untuk dibaca di tempat kami. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  27. mohon izin untuk digunakan dlm majlis. tk

    ReplyDelete
  28. Mohon izin untuk copy dan dibaca sempena majlis pesaraan di sekolah saya terima kasih

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Syukur... Sangat baguz bait-bait doa yang dititipkan ini... Semoga sumbangan tuan ini sentiasa diberkati Allah hendaknya. Aameeen.

    ReplyDelete
  31. salam mohon izin digunakan di majlis kami

    ReplyDelete
  32. Mohon izin utk dibaca doa ini ya

    ReplyDelete
  33. Mohon izin menggunakan doa ini ya..moga Allah mempermudahkan urusan tuan/puan

    ReplyDelete