Wednesday, October 5, 2016

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG

 


ِبسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

 Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di Majlis  Hari Anugerah Cemerlang, SMK..................................

 Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.

 

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah.

 

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.

 

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

  

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا

 

ِرَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار

 

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

 

No comments:

Post a Comment