Thursday, October 6, 2016
DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS
DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR
DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN (LAWATAN SAMBIL BELAJAR)
DOA MESYUARAT AGUNG PIBG
DOA JAMUAN AKHIR TAHUN
DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN
DOA MAJLIS MOHON KEJAYAAN PT3/SPM/STPM
Wednesday, October 5, 2016
DOA SEMPENA HARI SUKAN
DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran
atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan
dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di Majlis Hari Anugerah Cemerlang, SMK.................................. Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami
dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada mereka
dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan, kemudahan di
dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada mereka dengan kejayaan dan
kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.
Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya
FatihalBarakah Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di
dalam setiap hati murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan
penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya
Allah.
Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari
ini dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka
sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum,
ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.
Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram, Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan
hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada
melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki
yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
ِرَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً
وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ |
DOA MAJLIS PERSARAAN
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن،
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada ............................................. yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya
FatihalBarakah Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.
|