بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ,
وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa)
peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan (2018)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan
murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati
yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya
. Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu
semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan ,
memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang
kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka ,
sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang
tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang
tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan
kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di
arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan
kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat
yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik
yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada
guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru ,
semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan
negara tercinta .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .