Monday, January 4, 2021

Doa Program Merentas Desa

 ِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْمَعِيْنَ . 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 

Kami bersyukur kepada-Mu atas keizinan-Mu maka kami dapat mengadakan kejohanan Merentas Desa  pada pagi ini di SMK ......................................  

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , 

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . 

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram , 

Kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. 

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi , 

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat dengan memiliki akhlak mulia dan dirahmati Allah. 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . 

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ 

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ 

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tuesday, May 15, 2018

DOA HARI GURU



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan (2018)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,


Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata .  


Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,


Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .


Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,


Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta  .


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .



Thursday, October 6, 2016

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

يَا الله يَا حَىُّ يَا قََيُّوْمُ

Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا عَزِيْزُ

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, barisan pengawas  kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pengawas yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pengawas yang berketrampilan dan berwibawa .

يَا اللهُ يَا مُؤَلِّفَ الْقُلُوْبِ

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

يَا اَللهُ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيْمُ

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

يَا اَللهُ يَا مُهَيْمِنُ يَا عَزِيْزُ يَا جَبَِارُ

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah. Lindungilah kami daripada segala mara bahaya dan petaka.

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami Hiasilah kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Jauhilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا عَزِيْزُ

Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengamalkan kebaikan serta menjauhi segala  keburukan dan kejahatan.

يَا اَللهُ يَا فَارِجَ الْهَمِّ وَيَا كَاشِفَ اْلغَمِّ

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh segala ujian yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Berkatilah usaha-usaha kami , dan jadikanlah sekolah kami ini cemerlang, gemilang dan terbilang , dalam bidang akademik dan keperibadian .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN (LAWATAN SAMBIL BELAJAR)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga  serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami  kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.


Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.Permudahkanlah  kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.


Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.


Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.


ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
 رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MESYUARAT AGUNG PIBG

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن.
اَللَّهُمَّ صّلِّ عَلَى ... نُورِ الأَنْوَارِ ... وَسِرِّ الأَسْرَارِ ...وَتِرْيَاقِ الأَغْيَارِ ...وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ ...سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍالْمُخْتَارِ ...وَأَلِهِ الأَطْهَارِ ...وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ ... عَدَدَ نِعَمَ اللهِ وَأَفْضَالِهِ

Ya Allah … bersempena dengan Mesyuarat Agong PIBG kali KE-.... INI,
di atas keizinan MU jua kami berada di SINI,
untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami yang tidak berbelah BAGI,
di atas segala limpah kurnia yang Engkau BERI,
dengan jayanya Mesyuarat ini kami HADIRI
Ya Rabbul IZZAH
Dengan kerjasama serta MAHABBAH, . .
semua staf, guru-guru, dan ibubapa yang IZZAH, . .
LIMPAHIlah mesyuarat kami ini dengan RAHMAH,
penuhi majlis ini dengan BARAKAH,
agar majlis ini sampai ke NOKTAH,
untuk mencari kesatuan FIKRAH,
menghurai segala MASALAH,
memperkasa tindakan dan LANGKAH
demi satu tujuan dan MASLAHAH.
Ya Miptahus Samawati wal Ar,
JANGANLAH engkau bebani kami dengan tugas yang tidak mampu kami KANDAR.
kerana sesungguhnya tiada daya dan IHKTIAR,
melainkan ENGKAU tempat kami BERSANDAR,
Jika engkau inginkan kami mengalas tugas MENCABAR,
kerana engaku mengetahui bahawa kami mampu mengalas tugas yang SUKAR,
maka BANTULAH kami . . .untuk mengumpul segala IKHTIAR,
mengembeling tenaga penuh SABAR,
tawakkal dalam setiap usaha kecil mahupun BESAR,
kerana hanya engkau jua yang boleh mengubah qada dan QADAR,
selagi hamba usaha dan IHKTIAR,
demi memenuhi aginda pendidikan yang MENCABAR,
agar kecemerlangan sekolah dan PELAJAR,
dapat direalisasi dan diLAKAR.
Ya rabbul-ALAMI
KURNIAKAN kepada KAMI
anak-anak penyejuk di mata penawar di HATI
sihat jasmani dan ROHANI,
subur ruhi dan AQLI,
tinggi aklhak dan BUDI,
mengambil berat perkara DINI,
ajaran nabi diIKUTI,
perentah allah diPATUHI,
ibu bapa diSAYANGI,
guru-guru diHORMATI,
rakan-rakan diKASIHI,
mempunyai cita-cita TINGGI,
menuntut ilmu keutamaan DIRI,
demi berjaya duniawi dan UKHRAWI.
Ya Allah Ya Khairul Ihsan…
hidup dan mati ini . . . kepadaMu kami SERAHKAN,
berbekalkan nadi yang masih berdenyut dijiwa INSAN,
selagi nyawa dikandung BADAN,
bisikan doa yang sentiasa DIPANJATKAN,
bersama titisan air mata KEINSAFAN.
Ya ALLAH
ENGKAU TAMPUNGLAH segala KEKURANGAN,
ENGKAU tutuplah segala keAIBAN
ENGKAU satukan semangat dan TINDAKAN
ENGKAU perbaiki segala KELEMAHAN
ENGKAU maafkan segala KEALFAAN
ENGKAU rungkaikan segala PERMASALAHAN
ENGKAU berkati mesyuarah dan PERBINCANGAN,
ENGKAU iringi segala usaha kami dengan KEBERKATAN,
Agar mesyuarat hari ini sebagai lancar BERJALAN
demi anak-anak Sekolah ......................................  generasi HARAPAN.
Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA JAMUAN AKHIR TAHUN

إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَإِلى كَافَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ واَلْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ شَيْءٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةُ ... الحمد لله الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لولا أن هدانا الله ، والصلاة والسلام على سيد الأنام بلغ الرسالة ونصح الأمة وكشف الغمة .

 Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,                                                          

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri ………………………………………………………………….. 

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki , Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. 

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , 
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan Sekolah ........................................................................... di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai  murrabi, azatizah, pendakwah, pencetus trnformasi yang mampu menghadapi cabaran yang semakin hebat. 

Amin Ya Rabbal’alamin Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan ; Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi ,  sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami , Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni. 

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ; 
kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar . 

ya Allah kami amat menyedari dengan penuh keinsafan  bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.                                                      
                                                                                                                                                                                اللَّهُمَّ بَاِركْ صَاحِبَ هَذَا الطَّعَامِ ، وَأَتْمِمْ نِيَّتَهُ وَتَقَبَّلْ ضِيَافَتَهُ ،  وَارْزُقْهُ مِنَ الْحَلاَلِ وَجَنِّبْهُ عَنِ الْحَرَامِ  . اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ